Monday 12 October 2015

Peluang Pasangan Nikah di Siam Sahkan Perkahwinan




- Sumber rujukan http://www.malaysiakini.com/news/315458
- Sumber rujukan http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/makin-ramai-nikah-di-thailand-1.439756

Berita baik bagi pasangan yang berkahwin mengunakan saluran tidak sah termasuk di wilayah selatan Thailand.

Kerajaan negeri Pahang memberi tempoh tiga bulan kepada pasangan berkenaan untuk mendaftarkan perkahwinan mereka tanpa dikenakan tindakan.

Menurut Bernama yang memetik Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata tempoh 'pemutihan' itu akan bermula pada 2 Nov 2015 dan tamat pada 2 Feb tahun hadapan.

"Sepanjang tempoh itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan memberi peluang kepada mereka membuat pendaftaran dan hanya perlu menjelaskan bayaran dokumentasi sahaja.

"Pasangan berkenaan juga akan dibantu melalui siasatan, sama ada perkahwinan yang dibuat mengikut syariat yang telah ditetapkan atau perlu dinikahkan semula dan sebagainya," katanya pada sidang media di Kuantan, hari ini.

Wan Abdul Wahid berkata antara perkahwinan yang perlu didaftarkan adalah yang dilakukan di selatan Thailand seperti di Naratiwat, Pattani, Songkhla, Yala, Satun dan lain-lain yang tidak memohon serta gagal mendapat kebenaran berkahwin secara bertulis daripada pejabat agama Islam daerah.

Ia juga meliputi perkahwinan sindiket yang berlangsung di dalam negara seperti di Kuantan, namun pasangan berkenaan memperoleh sijil perkahwinan daripada Majlis Agama Islam wilayah Selatan Thailand.




- Bernama
- Sumber rujukan http://www.malaysiakini.com/news/315458
- Sumber rujukan http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/makin-ramai-nikah-di-thailand-1.439756